KUALA LUMPUR: Ibadah puasa pada bulan Ramadan bukanlah penghalang bagi pemain skuad hoki lelaki kebangsaan untuk kekal bersemangat menjalani latihan menjelang siri aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula esok hingga 24 April ini.
Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan A. Arul Selvaraj yang pertama kali mengendalikan latihan pada bulan puasa sejak dilantik Ogos tahun lepas, teruja dengan suasana positif dan 'mood' ceria ditunjukkan barisan 22 pemainnya dalam sesi latihan pertama malam tadi.
"Bagus, saya nampak semua gembira. Sesi latihan pertama kami tumpukan kepada teknik bertahan dalam pukulan sudut penalti dan esok pula (hari ini) lebih kepada 'build up play' dan konsep permainan untuk perlawanan persahabatan nanti," katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini.
Arul berkata beliau akan tetap meneruskan sesi latihan yang dijalankan pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan ini walaupun selepas berakhirnya aksi persahabatan nanti.
Pasukan hoki lelaki kebangsaan dijangka beraksi dalam aksi tiga penjuru menentang pasukan Great Britain dan Jepun pada siri perlawanan persahabatan berkenaan.
Seramai 22 pemain yang terdiri daripada 10 pemain pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), tujuh pemain UniKL, tiga pemain Maybank dan dua pemain mewakili pasukan Terengganu Hockey Team (THT) membawa cabaran negara pada perlawanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
A. Arul Selvaraj teruja dengan suasana positif dan 'mood' ceria ditunjukkan barisan 22 pemainnya.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Kluster tarawih: Kerajaan Kedah tarik balik kebenaran jika tidak patuh SOP
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Najmi Ahmad berkata, kenaikan kes COVID-19 adalah disebabkan kelalaian diri sendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Bazar Ramadan 'Nasi Beriani Liga Muslim' ubati rindu orang Pulau Pinang
Bazar Ramadan Liga Muslim yang terkenal dengan jolokan Bazar Nasi Beriani di Pulau Pinang kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini.
Bantu petugas kesihatan dengan tidak pulang ke kampung - Muhammadiyah
Langkah itu dilihat sebagai bentuk empati dan tanggungjawab moral kepada petugas kesihatan yang sedang berjuang menghadapi pandemik COVID-19.
Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.
"Kita menang Thomas Cup pun sebab tolak ansur" - Cerita Lee Chong Wei sentuh hati rakyat Malaysia
Anak Lee Chong Wei mengadu bagaimana dua rakannya yang berbangsa Melayu enggan menjamah makanan yang dibawanya.
Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama
Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.
Ikan masin penambat selera bersahur
Makanan kering dan masin menjadi pilihan untuk juadah bersahur bagi sebilangan besar daripada kita.
Persiapan Ramadan di Mesir meriah
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.
Menjelang Ramadan: Ini antara fokus tumpuan di Twitter
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada tradisi dan amalan seperti majlis sambutan Ramadan, balik kampung, hiburan dan duit raya.
Teruja sambut 1 Ramadan, larangan rentas negeri pula jadi hambatan
Cabaran yang ditempuhi warga dunia tahun lalu hingga hari ini cukup luar biasa, lantaran pandemik COVID-19 masih belum reda sepenuhnya.